Wednesday, July 8, 2009

Pengenalan Pusat Islam Al-Hidayah


Pusat Islam Al-Hidayah merupakan nadi tarbiah pelatih-pelatih muslim IPG Kampus Ipoh. Dengan membawa matlamat memberikan penghayatan Islam yang sebenarnya kepada para pelatih muslim IPG Ipoh melalui program-program kerohanian di bawah perancangan Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh.

Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh merupakan rentetan perjuangan Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) di kampus Ipoh. Menjadi penggerak utama kepada setiap perancangan aktiviti Pusat Islam al-Hidayah, Biro Agama dan Kerohanian ternyata bijak dan hebat dalam merancang dan mengendalikan program-program tarbiah dan dakwah. Semoga usaha ini berterusan.


Pusat Islam Al-Hidayah



Pandangan Depan


Pandangan Sisi



Ruang Solat



Dapur

1 comment:

  1. Engkau dan Aku

    Kalau engkau hendak menemui aku
    Turutilah jalan ku jangan jalanmu
    Jalanmu jalan nyata
    Jalan ku jalan rasa

    Berjalanlah engkau pada jalanmu
    Dan aku akan berjalan pula pada jalanku
    Ushakan kita sejalan, engkau dan aku
    Supaya tercapai yang di tuju

    Kalau engkau mengatakan kita sejalan
    Engkau harus dapat membuktikan
    Bukti yang dimaksudkan
    Ialah kesanggupan untuk menurutkan.

    Engkau mempunyai keinginan
    Aku mempunyai kesanggupan
    Engkau di luar aku di dalam
    Tempat mu di kiri aku di kanan

    Berjalanlah engkau pada jalanmu
    Untuk menjumpai aku lebih dahulu
    Dalam perjalanan kita bertemu
    Engkau dan aku

    Aku yang engkau jumpai diperjalanan
    Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak bukar haluan
    Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam
    Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan

    Berjalan pada jalanku
    Berarti engkau besertaku
    Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku
    Aku yang selama ini terahsia bagi mu.

    ReplyDelete